Language:
Indonesia

Privacy Policy

Keselamatan privasi anda adalah keutamaan kami, dan adalah menjadi polisi kami di Gamehubs untuk melindungi semua informasi anda yang ada di halaman kami. Justeru itu kami telah menerbitkan polisi ini untuk memastikan anda faham bagaimana kami mengumpul dan menggunakan sebarang maklumat peribadi anda tanpa sebarang risiko penyalahgunaan maklumat peribadi. Berikut adalah butiran penting polisi privasi kami:

  • Sebelum atau ketika kami mengumpulkan maklumat anda, kami akan memperjelaskan tujuan maklumat itu dikumpulkan.
  • Kami akan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi hanya untuk tujuan yang telah diwartakan, melainkan sekiranya kami telah mendapatkan kebenaran khas dari individu terlibat sepertimana yang tertakluk di dalam undang-undang.
  • Kami hanya akan menyimpan maklumat peribadi mengikut keperluan sahaja.
  • Pengumpulan maklumat yang dilakukan oleh kami akan mengikut undang-undang dengan kebenaran dan pengetahuan individu terlibat.
  • Data peribadi yang dikumpulkan hanyalah terhad ke atas tujuan ia dikumpulkan sahaja dan data tersebut perlulah tepat, menyeluruh dan terkini.
  • Kami akan melindungi sebarang maklumat peribadi anda dari sebarang kehilangan, kecurian atau sebarang capaian haram, penipuan, penyalinan, penggunaan tidak sah serta mengubahsuaian data.
  • Kami akan memastikan pelanggan kami boleh mengakses maklumat polisi serta pengendalian data berkaitan maklumat peribadi mereka pada bila-bila masa.

Kami komited dengan mengendalikan perniagaan kami dengan prinsip dan peraturan bagi memastikan keselamatan maklumat peribadi anda sentiasa dilindungi dan diselenggara. Gamehubs berhak untuk menukar terma dan syarat Polisi Privasi ini dari masa ke semasa.

Subscribe to Edge today
We need a new party member